|
About Me
MINE STUFF LINKS ENTRY Tagboard Credits Best viewed ; Google Chrome Hasil titik peluh saya dan NissaDzain
| ~ Sama-sama Kita Kenali Sahabat & Cinta ~
0 lovely letter's
Perhubungan
sahabat adalah sama seperti perhubungan cinta. Kita tidak menganggap seseorang itu cintakan kita apabila dia melarikan diri dalam kita kesusahan. Begitulah juga dalam persahabatan. Fahami konsep cinta ini, maka kita akan faham tentang konsep persahabatan. Cinta itu lebih asyik berbanding sebuah persahabatan. Dalam cinta, kita akan selalu berjumpa ayat-ayat cinta seperti “Aku akan tetap bersama mu selamanya… dalam susah atau pun senang.” Ini janji sehidup semati dalam percintaan. Sedangkan orang yang bercinta (malah yang telah berkahwin) pun boleh berpisah dan bercerai-berai, maka apatah lagi dalam hubungan persahabatan.
Sifat
cinta adalah setia dan patuh kepada insan yang dicintainya. Seorang wanita pernah bertanya kepada seorang penyair tentang bagaimana kita mahu tahu sama ada seseorang itu benar-benar mencintai dirinya dengan sebenar-benar cinta. Dan penyair itu menjawab:
“Jika si dia
berasa yang dia pasti mati jika tidak meminum air disebabkan kehausan, dan kemudian engkau berkata kepadanya, “Jangan minum air itu”, maka dia tidak akan minum air itu”.
Inilah yang dinamakan cinta. Dan
inilah juga intisari ikatan persahabatan. Persahabatan dan percintaan yang hakiki tidak akan berubah apabila situasi berubah. Pengajarannya, berhati-hatilah dalam mencari cinta dan persahabatan di dalam dunia ini.
persahabatan
dan percingntaan (yang palsu) berubah apabila situasiberubah kerana kebanyakkan manusia melihat sesuatu perkara, masalah dan isu mengikut dari kaca mata dirinya sahaja. Dengan kata lain, kebanyakkan manusia mementingkan diri sendiri..selfish. itu, apabila memulakan sebuah persahabatan dan percintaan, jangan terus menganggap bahawa mereka akan benar-benar memahami diri kita.
Moral
: Sahabat dan cinta…sama penting tapi, bersahabatlah dgn cinta anda, tp jangan sesekali bercinta dengan sahabat..dgr la ckp aku..JANGAN!..Persahabatan yg benar tkan berubah walau keadaan berubah..
|